Wednesday 10 July 2013

Bazaar Ramadhan Teluk Intan, Perak, Malaysia

Assalamualaikum,

Bazaar Ramadhan Teluk Intan menjadi tumpuaan kepada warga Teluk Intan. Bukan hanya orang yang berpuasa yang pergi ke bazaar, malah cina dan india juga datang membeli juadah.

Pada 10 Julai 2013, bersamaan 1 Ramadhan 1434, Aq bersama kawan baik, orang teluk intan gak, pergi ke Bazaar untuk membeli juadah berbuka puasa. Bazaar Ramadhan Teluk Intan terletak di pekan Teluk intan, berhampiran OCBC bank dan shopping kompleks The store.





Jam 5.30 Aq sampai ke tapak bazaar. Seawal itu (bagi aq) , ramai pengunjung yg hadir, dah ada juga kedai jualan telah pun habis jualannya. Nampaknya, ada lagi awal dari kami. Jam jam~






Tak menang tangan pakcik tu nak melayan ramai pengunjung. Steady Pakcik~

Apa yang menarik yang ada di Bazaar Teluk Intan? Juadah, seperti Nasi berlauk, Nasi Beriyani, Nasi Lemak, Kuih Muih, pelbagai jenis minuman menjadi tumpuan warga teluk intan.Kalau bleh nak beli semua, buat sahur skali.

"Jangan Tamak"


"Kak, Nasi Beriyani Ayam satu, Ikat tepi"



Restauran M.Gulam Rasul merupakan restaurant yang terkenal di Teluk Intan, sesiapa yang dtg ke Teluk Intan, pasti akan singgah ke restaurant ini. Di Bazaar Ramadhan M.Gulam Rasul mensajikan juadah berbuka puasa seperti nasi beriyani ayam, daging, kambing dan sebagainya. Dah sampai sini, bungkus la satu.

Lagi nak bli apa?







Popia Teluk Intan, apa beza ya dgn popia kat tempat lain, orang mesti kata sama je. Popia Teluk Intan hanya ada di teluk intan aje, kalau jumpa Popia teluk intan kat tempat lain, bukan la tu. Yang special popia nih, inti dlm dia dan sos, tambah lak makan kat teluk intan, baru best!!




Member aq ajak ke gerai Dayana Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah, ramai orang, mesti ada something special, harga pun orait. Member aq kata " Ko kena try skali baru tau " . Td aq dah beli makanan utk berbuka, next time aq try.





Ayam panggang, Kambing panggang betul betul dugaan masa lalu depan gerai nih. Tak sempat nak kata apa apa, member aq dulu beratur nak bli.


Makanan dah beli, air tak kan x beli, tercekik nnt. Teringin lak nak minum air kelapa.

" De, Ayor Kelapa satu, dua " member pun nak satu.

Orait, makanan dah ada, air dah ada, kuih aje tak ada, berbuka kuih dan buah kurma kalau tak ada tak best. Kat Rumah buah kurma dah ada, beli sekotak semalam.

" Yusoff Taiyoob "

Jom Jom, cari kuih lak.


Kuih apa nih?
Kek Batik Marrie, jarang nampak kek nih, nak try sikit. Tgk dari texture kek nih, kena ada kemahiran nak buat nih. Aq tanya mak cik nih,

" Mak Cik, nih buat sendiri ke " - (kompem dia buat sendiri)

"Mak Cik, susah tak buat kek nih? "

" Tak susah, guna biskut marrie, cokelat milo ..... JE "

Kalau aq buat, sah sah jadi lain, AKA cicah biskot marrie dgn air milo.

Sekarang, semua dah ada, aq pun blik dan tunggu waktu berbuka puasa.

Thank You to my Teluk Intan's friend. Khairul Amri



Hensom member nih, single and available, sape nak kena que dulu.

Haha... Teluk Intan Most Wanted Yo..


Selamat Berbuka Puasa~~



Date: 10 July 2013
Location: Pekan Teluk Intan
Gear:Nikon
a'fza©l'arte del arcana
afza.lartedelarcana@gmail.com
afzaladena.blogspot.com

http://500px.com/afzalartedelarcana






No comments:

Post a Comment